Promosi terkini! Nantikan kemunculan pakej 'Unlimited Impression' Mei nanti..khas untuk anda!
 
 

LiveZilla Live Help


Selamat datang ke Portalniaga Ads" Network!
 
Pernah anda mengiklan secara Online? apa kaedah yang anda gunakan untuk mengiklankan banner anda di Internet? dengan membayar kepada sebuah, dua atau tiga laman web yang meletakkan banner anda? adakah ianya mencukupi untuk menarik pengunjung ke laman web anda?
 
Pelbagai persoalan boleh ditimbulkan kepada pengiklanan secara Online!, yang paling utama, adakah anda berpuas hati dengan meletakkan banner anda di sesebuah laman web dengan membayar pada harga yang tinggi namun apa yang anda dapat tidak secara berterusan dan terpaksa mengeluarkan wang lagi untuk melahirkan momentum yang sama semasa sesi pengiklanan berlangsung.


Kini BANNER ANDA boleh berada di mana-mana sahaja!
Secara berterusan dari semasa ke semasa menggunakan sistem pusingan.
 
Jika dulu anda perlu membayar untuk setiap laman web yang ingin anda meletakkan banner anda, kini ianya TIDAK PERLU! lagi kerana anda hanya letak satu banner anda di sini, dan banner anda akan dipaparkan di lebih 300++ buah laman web tempatan dan jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan penyertaan pengguna internet terhadap portalniaga ads" network!.
 
Tawaran Hebat! Hanya RM10 untuk memaparkan banner anda sebanyak 1,000 Kali!
Paparan banner anda di semua laman web yang menyertai sistem ini..
 
Bagaimana ianya berfungsi?
Anda boleh mendaftar dan akaun anda akan diaktifkan setelah kami menerima bayaran daripada anda. Setelah kami menerima bayaran, kami akan memasukkan kredit ke dalam akaun anda sebanyak 1,000 kali paparan untuk setiap RM10 yang anda bayar. Banner anda akan dipaparkan sebanyak 1,000 kali di laman web peserta lain dan tidak akan dipaparkan di laman web anda sendiri.
 
Adakah anda boleh menjana pendapatan bila banner pengiklan lain keluar di laman web anda?
Ya! anda boleh menjana pendapatan melalui banner pengiklan lain yang keluar di laman web anda dengan mendapat RM0.01 - RM0.05 setiap paparan bergantung kepada paparan. Jika laman web anda memaparkan 10,000 paparan banner pengiklan lain sehari maka jumlah pendapatan anda pada hari tersebut adalah sekitar RM100 hingga RM500 sehari!. Banyak kan?? tapi sabar.. ini bukan skim cepat kaya! dan bukan juga skim penipuan internet! tapi ini skim pengiklanan secara rangkaian.
 
Apa yang pasti jumlah pendapatan anda itu tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk wang tunai!
sebaliknya hanya boleh ditukar kepada ganjaran!.
 
Setiap RM1.00 pendapatan anda akan ditukarkan dengan ganjaran 1 Paparan banner di laman web pengiklan lain..Percuma!
 
Setiap RM1.00 hasil pendapatan anda daripada jumlah paparan banner di laman web anda akan ditukarkan dengan ganjaran 1 jumlah paparan banner anda di laman web orang lain. Jadi, anda tidak perlu mengeluarkan duit poket anda untuk mengiklankan banner anda di laman web orang lain jika anda boleh dapatkannya secara PERCUMA!.
 
Perhatian : Anda tidak akan menerima atau boleh menebus pendapatan anda di dalam akaun daripada Portalniaga Ads" Network dalam bentuk WANG TUNAI sebaliknya hanya diberikan ganjaran jumlah paparan banner di laman web pengiklan lain.
 
Apa yang dimaksudkan dengan SISTEM PUSINGAN?
Sistem yang digunakan untuk mempastikan banner anda tetap dipaparkan secara berterusan.
 
Sistem pusingan adalah sistem yang digunapakai untuk memastikan banner anda dapat dipaparkan di laman-laman web pengiklan dari semasa ke semasa secara berpanjangan dan bukannya dalam tempoh tertentu sahaja. Pengiklanan berpanjangan ini bermaksud sekiranya kredit RM10 anda untuk 1,000 paparan telah habis, akaun anda boleh menjana semula pendapatan apabila laman web anda memaparkan banner pengiklan lain dan dari semasa ke semasa secara tidak sedar akaun anda akan mempunyai kredit paparan semula dan banner anda akan dipaparkan sekali di laman web pengiklan lain setiap RM1 yang anda jana daripada jumlah paparan di laman web anda tanpa mengeluarkan wang anda! ianya PERCUMA dan secara TIDAK SEDAR!.
 
Adakah Portalniaga Ads" Network akan sentiasa ada Pengiklan??
 
Ya! Sentiasa ada pengiklan yang akan mengiklan dengan Portalniaga Ads" Network dan ianya berterusan dan tidak akan berhenti. Sebagai contoh, jika berlaku satu situasi di mana pada bulan Februari tiada pengiklan yang mendaftar atau membuat tambahan kredit ke dalam akaun mereka, sistem secara automatik akan memaparkan iklan default daripada portalniaga yang juga akan mengkreditkan 0.01 hingga 0.05 untuk setiap paparan di dalam laman web anda. Jadi, kami tidak bimbang dengan keadaan ini kerana anda tetap mampu menjana pendapatan dan kami pasti banner anda tetap akan dipaparkan secara berterusan tanpa henti!.
 
Bagaimana untuk menambah impression jika jumlah pendapatan yang dijana terlalu lambat untuk dikecapi??
 
Bagi situasi ini, kami mencadangkan pengiklan membuat penambahan kredit RM10 atau lebih mengikut pelan pengiklanan masing-masing. Melalui penambahan kredit ini, ianya mampu memberikan jumlah impression kepada yang lebih kepada pengiklan selain dapat menjana kredit daripada paparan banner pengiklan lain. Oleh yang demikian, momentum pengiklanan anda tetap akan berjalan walaupun pada statistik yang mendatar dan menaik jika anda membuat penambahan kredit. Walaupun yang demikian, apa yang paling penting ialah perjalanan pengiklanan anda secara berterusan dan tidak berhenti.
 
Adakah anda sudah jelas dengan sistem
Portalniaga Ads" Network!

  DAFTAR SEKARANG!

dan nikmati perbezaan di dalam rangkaian pengiklanan kami!

 

 

 
               

HakCipta © Terpelihara 2008 - Portalniaga Ads" Network!


[close]